Saya Tak Kisah – Nazri

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan bahawa beliau tidak kisah dengan apa yang diperkatakan oleh pemimpin BN Sarawak terhadapnya, malah enggan mempedulikan ketua pergerakan itu sendiri.

“Saya tak kisah apa Pemuda BN Sarawak kata, saya tak peduli apa Datuk Seri Fadillah Yusof kata dan saya tak peduli pasal dia,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut beliau, menteri Sarawak terlebih dulu menghina beliau dengan meminta kerajaan pusat menghormati Perjanjian Malaysia 1963 apabila mahu melaksanakan cukai pelancongan mulai Ogos ini.

ujarnya lagi,  isu yang berlaku sekarang adalah antara beliau dengan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Abdul Rahman Hamzah.

Justeru, katanya, Fadillah tidak wajar diheret dalam isu berkenaan.

“Dia (Abdul Karim) menghina saya, jadi saya ada hak menghina dia balik,”ujarnya.

Pagi tadi Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya berkata, Nazri tidak wajar mengeluarkan kenyataan kasar terhadap Abdul Karim kerana ia tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN.

Fadillah yang juga ketua pemuda BN Sarawak berkata tindakan melabelkan menteri Sarawak itu sebagai setahun jagung dan masih budak adalah penghinaan terhadap seseorang yang diberi kepercayaan untuk menerajui kementerian berkenaan di peringkat negeri.

Dalam pada itu, Nazri juga menjelaskan maksud “setahun jagung” kepada Fadillah yang dilabelkannya kepada Abdul Karim semalam.

“Mengikut perkataan Melayu, setahun jagung maknanya tiga bulan. Dan saya bercakap benda yang betul bahawa dia setahun jagung sebab dilantik menjadi menteri kurang dari tiga bulan.

 

Sarawak hari ini mengumumkan menarik diri daripada menyertai Lembaga Pelancongan Malaysia dan keputusan itu berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun Nazri sebaliknya menghargai tindakan itu dan menganggapnya selaras dengan keputusan beliau menutup agensi berkenaan sejak awal tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.