Polis Tahan 2,348 Individu

JOHOR BAHRU – Bermula 1 Jun hingga Sabtu lepas (10 Jun), Polis Johor berjaya menahan 2,348 individu dalam 388 serbuan ketika 388 serbuan dijalankan keatas premis perjudian dalam talian di seluruh negeri Johor.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat, daripada jumlah itu, 413 adalah penjaga premis manakala 1,935 lagi merupakan pelanggan pusat perjudian tersebut.

Menurut di Johor Bahru, hari ini, Kesemua  yang ditahan berumur antara 17 dan 64 tahun,

Tambah beliau lagi, polis turut merampas 316 tablet, 2,835 komputer, 4,032 komputer riba serta wang tunai berjumlah RM159,995 dan mata wang Singapura $1,390.

Menurutnya,  kesemua premis itu didapati tidak mempunyai lesen.

“Sehingga kini, hasil operasi agresif polis nampaknya judi dalam talian ini telah berkurangan dengan drastik, namun masih ada lagi yang cuba beroperasi secara curi-curi seperti pada lewat malam.

“Pihak polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti itu agar segera melaporkannya bagi membolehkan kita melakukan siasatan dan membawa pesalah ke muka pengadilan,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.