Pesawat China Eastern Mendarat Cemas

WELLINGTON – Sebuah pesawat China Eastern Airlines yang dijadualkan ke Shanghai terpaksa patah balik ke Lapangan Terbang Sydney dan melakukan pendaratan cemas berikutan masalah enjin.

Menurut Pengurus Besar China Eastern Airlines Kathy Zhang, pesawat jenis A330 Airbus berjaya mendarat dengan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilapor dalam kejadian pada Ahad.

“Anak kapal mendapati sesuatu yang tidak normal pada enjin sebelah kiri dan mengambil keputusan untuk kembali ke Lapangan Terbang Sydney serta-merta.

“Semua penumpang dan anak kapal telah mendarat dengan selamat,” katanya.

Berdasarkan gambar yang disiarkan oleh beberapa media Australia, badan enjin kiri pesawat itu dilihat mengalami kerosakan.

Ia bagaikan satu ‘lubang’ besar.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia kini sedang menyiasat kejadian itu. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.