Perlu Taati Ketua – Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pasukan berpakaian seragam agar mementingkan sikap taat demi mengekalkan keamanan negara.

Menurut beliau, tindakan khianat hanya akan mengorbankan rakan seperjuangan.

Beliau ditemui ketika berucap dihadapan 13 agensi berpakaian seragam sempena program Jalinan Ramadan bersama di Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, Najib memetik sejarah bagaimana Rasulullah SAW dan tentera Islam berjaya mengalahkan musuh yang lebih ramai pada Perang Badar walaupun ia berlaku ketika bulan puasa.

Ujarnya lagi, ia boleh dicapai apabila semua tentera Islam mentaati perintah nabi.

Keadaan berbeza, kata Najib, apabila tentera Islam diuji sekali lagi dengan Perang Uhud yang menyaksikan mereka dikalahkan gara-gara berebut harta rampasan perang.

Beliau menggunakan contoh terkini perdana menteri berkata pengkhianatan menyebabkan ada nyawa terkorban di ketika negara diceroboh oleh orang Sulu di Kampung Simunul, Semporna, pada 2013.

“Apabila ada anggota sendiri yang telah mengkhianati komradnya, yang memberi maklumat kepada musuh, musuh menyerang hendap.

“Akhirnya kesemuanya 10 orang mati, (kerana apa?) kerana kita tidak ada ketaatan. Yang ada, kesediaan mengkhianati siapa? (Mengkhianati) rakyat kita,” katanya.

Menurut beliau, ia akan menjadi pengajaran kepada semua mengenai prinsip wahdah (kesatuan) dan kesetiaan.

“Insya-Allah kalau kita taat dan setia, segala-gala kejayaaan tidak mustahil dicapai oleh kita,” ujarnya.

Pasukan berpakaian seragam yang hadir ialah anggota tentera, polis, jabatan imigresen, jabatan pengangkutan jalan, jabatan penjara dan bahagian jururawat kementerian kesihatan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.