Penjara Khas Untuk Pengganas Bakal Dibina

SYDNEY – Negeri terbesar Australia, New South Wales bakal membina sebuah penjara khas untuk anggota fahaman radikal, dalam usaha untuk menangani peningkatan serangan keganasan di negara itu.

Negeri itu menjadi saksi dua kejadian keganasan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk insiden di sebuah kafe yang meragut dua nyawa pada 2014.

Kerajaan negeri berkata, mereka akan membelanjakan sebanyak AS$35 juta (RM149 juta) untuk membina penjara di Goulburn Correctional Centre untuk memisahkan banduan yang mempunyai fahaman radikal daripada banduan lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.