Micheal Ang Cari Protege

KUALA LUMPUR – Pengarah terkenal, Micheal Ang kini sedang mencari 2 orang protege bagi menurunkan ilmunya.

Pengumuman tersebut dilakukan melalui Instagram miliknya dan berkata bahawa penyertaan dibuka kepada semua orang.

 

“Perhatian, sempena tahun 2017 ini, I nak dua orang untuk saya mentorkan menjadi seorang pengarah, ‘prefer’ yang baru tamat pengajian ataupun mula nak bertapak.

“Tidak kira lah lelaki, perempuan, pondan, gay, pengkid, Melayu, Cina, India atau apa-apalah, hantar resume anda kepada I,” katanya.

Beliau yang terkenal dengan drama arahannya seperti Suri Hati Mr Pilot, Hero Seorang Cinderella dan juga filem Kimchi untuk Awak. juga turut menyenaraikan kriteria-kriteria yang beliau perlukan bagi menjadi protegenya.

“Janji U kena rajin, ingin belajar dan apa yang U tulis atau hantar adalah hasil kerja anda dan bukan kerja orang, Love you all,” tulisnya lagi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.