Menyanyi Sekadar Hobi – Najwa Latif

Ketika mula-mula menceburi dunia seni sejak 6 tahun lalu, beliau bukanlah mahu mencari populariti.

Disebabkan itu Bintang kelahiran YouTube ini meletakkan pelajaran sebagai fokus utama dalam hidupnya.

Najwa yang bercita-cita menjadi pensyarah memberiahu Media Hiburan menyanyi hanya sekadar hobi yang menjadi sumber pendapatan secara tidak sengaja

 

Bagi mengapai cita-cita tersebut, graduan dari Universiti Antarabangsa Tun Abdul Razak (Unitar) ini bercadang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.

“Saya baru tamat belajar dalam jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) April lalu dan buat masa ini saya berehat sekejap daripada belajar untuk memberi fokus dalam bidang nyanyian.

“Insya-ALLAH, saya akan kembali sambung belajar pada September nanti,” katanya.

Najwa kini dalam proses menghasilkan album terbaru.

Uniknya, album kedua Najwa akan menampilkan 10 lagu selain memperlihatkan kolaborasinya bersama kakak, Ika Latif.

“Ada tujuh lagu ciptaan saya bersama kakak dan dua lagu dari komposer lain. Kali ini, ada lagu berbahasa Inggeris dan Mandarin. Lagu Mandarin tu sebenarnya lagu Lee Hom dan saya rakamkan semula.

Kata Najwa, dia menerima respons positif untuk membawa lagu itu dan pada masa sama penyanyi ini sedang giat mempromosikan single terbarunya, Kamu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.