Liverpool Sedia Sertai Bidaan Pemain Bernilai £100 Juta

LIVERPOOL dilapor sedia mencabar Real Madrid bagi mendapatkan pemain muda bernilai £100 juta.

Jurgen Klopp setakat ini dilapor telah menghubungi Kylian Mbappe dan agenya untuk membawa pemain berkenaan ke England.

Bagaimanapun usaha Liverpool kelihatan tidak semudah itu kerana Real Madrid bakal membuat bidaan bernilai £100 juta yang mungkin tidak akan ditolak oleh Monaco.

Selain, Liverpool kelab England lain yang turut meminati Mbappe ialah Arsenal dan Manchester United manakala Chelsea lebih meminati Tiemoue Bakayoko.

Mbappe menjadi perhatian kelab dunia selepas menjaringkan 26 gol daripada 44 penampilan.

Dia juga membuat bantuan gol sebanyak 14 kali ketika hanya berusia 18 tahun. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.