Lelaki 47 Tahun Mangsa Ketiga Mercun, Hilang 3 Jari

KOTA BHARU – Lelaki berusia 47 tahun dari Kampung Kutan Tengah, Pasir Mas dekat sini menjadi mangsa ketiga mercun di negeri apabila tiga batang jari tangan kirinya hancur terkena letupan bahan itu semalam.

Kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu berlaku ketika mangsa Wan Rodzi Wan Dullah mahu menghidupkan mercun buatan sendiri di atas tapak tangannya.

Kata Wan Rodzi, dia telah memasukkan belerang yang diambil dari mercun bola dan memasukkan ke dalam batang besi untuk dijadikan mercun, lapor Utusan.

“Semasa cuba mencucuh sumbu mercun tersebut secara tiba-tiba meletup sebelum saya berasa sangat sakit di tangan kiri.

“Ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu saya hancur terkena serpihan besi dan letupan belerang tersebut,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.