Kecam Serangan Ke Atas Chin Tong – KJ

SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini  mengecam kejadian serangan sekumpulan umat Islam ke atas Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan rakan-rakan sewaktu mereka mengedar kurma di sebuah pasar Ramadan di kawasan parlimennya.

Menerusi akaun Twitternya, beliau berkata tindakan itu tidak patut dilakukan meskipun masing-masing berpegang kepada fahaman politik yang berbeza.

“Tindakan yang perlu dikecam. Lebih-lebih lagi pada bulan puasa. Tak perlu kita bertindak seperti ini walaupun beza pandangan politik,” Tulisnya di akaun Twitter miliknya.

Terdahulu, tular di media sosial, sebuah video yang memaparkan sekumpulan pemuda Pakatan Harapan diusir daripada memasuki bazar Ramadan.

Video berdurasi 5:28 minit itu didakwa berlaku di Bazar Ramadan Kluang, Johor, kelmarin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.