Jangan rosakkan Islam – Zahid hamidi

ARAU – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi peringatan kepada umat Islam gar tidak merosakkan kesucian agama dan nama baik negara dengan menyertai gerakan militan.

Katanya kerajaan sama sekali tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan tegas kepada rakyat yang terbabit dalam gerakan berkenaan seperti Daesh.

“Walaupun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah tiada. tetapi kita ada pelbagai akta lain yang mampu untuk mencegah perkara seperti itu berlaku.

“Mereka yang terjebak ini sebenarnya tidak ada asas pegangan agama dan sebab itu mereka menyertainya,” katanya ketika menyampaikan tazkirah ringkas selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Negeri di Arau malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan hampir 1,000 jemaah yang turut menunaikan solat Isyak.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata mengikut angka terkini, seramai 36 rakyat negara ini terbunuh kerana menyertai Daesh di beberapa buah negara lain.

JUsteru itu, beliau  mengingatkan umat Islam agar menjaga keharmonian walaupun mereka berbeza pendapat.

“Perbezaan pendapat bukan asas untuk melakukan sesuka hati, tetapi ia mempunyai ketertibannya,”ujarnya.

Timbalan perdana menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada masjid itu untuk membaiki dan mengadakan pelbagai perkara lagi.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.