Guna Media Asing Jatuhkan Najib tidak Wajar – Mahadzir

PERAK – Pengguanaan media asing dikalangan pembangkang bertujuan untuk menjatuhkan pemimpin negara dilihat mampu memberi ancaman dan membahayakan sistem demokrasi negara.

 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan tindakan pembangkang yang menggunakan laporan media asing secara untuk digunakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tidak wajar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi, yang membuat pengakuan bahawa laporan yang dibuat oleh pengasas portal terbabit, Clare Rewcastle Brown berhubung Najib selama ini adalah pembohongan semata-mata.

“Masalah di Malaysia ini apabila ada yang mengambil berita yang disampaikan secara perspektif tanpa mengetahui kebenaran dan kesahihan berita tersebut dan ini memudahkan media asing untuk terus melaporkan pembohongan bagi tujuan ingin menghasut rakyat.

“Pihak pembangkang juga dengan mudahnya mengambil laporan media asing ini untuk dijadikan sebagai isu bagi melawan pemimpin negara. Walhal, kita perlu siasat dahulu betul atau tidak perkara yang disampaikan kalau tidak jadi seperti inilah,” katanya ketika ditemui media selepas Program Ihya Ramadan di Masjid Felda Lubuk Merbau, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan, menegaskan bahawa tindakan pengasas Sarawak Tribune itu yang melaporkan pembohongan itu sebagai tindakan tidak beretika dan tidak penting kerana Clare merupakan ‘orang luar’ yang hanya mengambil kesempatan untuk memburukkan nama Malaysia.

“Banyak media asing yang beriya-iya melaporkan tuduhan negatif terhadap perdana menteri yang mana salah satunya Sarawak Tribune dan kelmarin bekas editor portal terbabit sendiri mengakui bahawa laporan yang dibuat selama ini adalah tidak benar.

“Mungkin selepas ini banyak lagi perincian yang akan dibongkarkan bagi membuktikan bahawa semua dakwaan terhadap Najib adalah bohong tetapi saya yakin rakyat sentiasa menyokong pemimpin negara kerana mereka sedar bahawa ini semua bohong,” ujarnya.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.