Duterte Nafi Minta Bantuan AS

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menafikan dakwaan bahawa beliau mendapat bantuan daripada Amerika Syarikat (AS) bagi menamatkan kepungan di bandar Marawi, wilayah Lanao Del Sur.

Menurut Reuters, semalam, Washington mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menawarkan bantuan selepas Filipina memohon sokongan bagi menamatkan pertempuran antara tentera kerajaan dan kumpulan militan Maute di bandar itu.

Duterte ketika bercakap dalam sidang media di bandar Cagayan de Oro, kira-kira 100 kilometer dari Marawi, beliau tidak pernah meminta pertolongan daripada AS, lapor Utusan.

Sebelum ini, Duterte dilihat tegas dengan pendiriannya untuk tidak mendapatkan bantuan ketenteraan dari AS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.