Doktor Temui Penutup Pen Tersekat Di Paru-Paru Lelaki

HUNAN – CHINA. Punca batuk-batuk yang sering dihadapi seorang lelaki sejak kecil akhirnya diketahui selepas doktor menemui penutup pen tersekat di paru-parunya.

Doktor terkejut selepas menemui penutup pen berkenaan selepas lelaki yang dikenali dengan nama keluarga Wang mula mengalami batuk berdarah dan pergi mendapatkan rawatan di hospital.

Ketika doktor menunjukkan penutup pen berkenaan, lelaki itu mengakui pernah menyedut objek berkenaan ketika kanak-kanak iaitu sekitar tahun 1990 an.

Dia sering mengalami batuk sejak kanak-kanak lagi dan lelaki yang kini berusia awal 20 an itu tidak menyangka ia sebenarnya adalah disebabkan penutup pen berkenaan.

Wang dari Huaiha di wilayah Hunan memberitahu, dia mengalami batuk kronik dan ketidakselesaan pada dada sejak berusia enam atau tujuh tahun, namun tidak mengetahui punca sebenar.

“Saya sentisa mengalami batuk dan jangkitan paru-paru, namun ini pertama kali saya menjalani pemeriksaan ke hospital kerana saya mula mengalami batuk berdarah,” katanya dipetik Mirror.uk.

Melalui imbasan, doktor Zhou Kangren dan pasukannya menemui penutup pen yang menghalang laluan udara yang menyebabkan kesukaran bernafas.

Endoskopi dilakukan ke atas Wang dan objek berkenan berjaya dikeluarkan dari dalam badan pesakit.

Hanya selepas ditunjukkan kepada lelaki itu, dia mengakui pernah menelannya ketika kecil.

Wang masih dirawat dan dijangka keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.