Diganggu Makhluk Misteri Akibat Terlalu Penat


Orang panggil aku Zaff (bukan nama sebenar). Aku ni pelajar di kolej swasta di Melaka. Macam biasa la kehidupan sebagai seorang pelajar, wajib sibuk dengan test, quiz, assignment dan presentation. Lepas tu test balik.

Ada juga yang sibuk dengan benda lain. Setiap hari Selasa aku ada latihan kawad kaki (saja isi masa lapang).Nak dijadikan cerita, hari tu dari pagi sampai ke petang aku sibuk dengan test dan quiz, pukul 5 pulak ade kawad.

Memang seharian tu aku penat gila sebab malam sebelumnya aku tidur agak lewat ‘stay up’ lah katakan. Lepas je settle semua urusan aku tu, malam tu aku tidu awal dalam pukul 11 lebih waktu tu kawan aku (Ain, bukan nama sebenar) tengah baring main telefon sambil pintu bilik terbuka (aku tidur menghadap pintu bilik) dan oleh sebab kepenatan yang melampau dengan mudahnya aku terlelap.

Maka bermulalah mimpi-mimpi pelik yang berlaku tapi ada satu part mimpi tu sama macam waktu aku sebelum tidur, tetiba waktu aku nak terlelap tu minah(akak senior rumah sewa) datang kebilik panggil nama aku, aku pun menyahut dan baru je nak datang kat dia tetiba si minah menjerit seperti kena histeria dan bertukar rupa menjadi benda tu.

Aku yang takut terus lari ke dalam bilik dan terus berselubung tetiba benda tu duduk tepi katil aku dan ‘dia’ asyik perhatikan aku, rupa dia tak yah cakap la memang seram dengan tak ada rupa kulit muka gelap macam rentung dan rambut menggerbang macam mak limah.

Kemudian dia mula merangkak naik ke atas kaki, waktu tu aku dah meronta-ronta dalam mimpi tu aku. Aku asyik jerit nama Ain dekat sebelah tapi dia langsung tak hirau aku macam tak dengar. Lepas tu, ‘dia’ naik lagi paras atas lutut waktu tu aku tak boleh fikir dan buat apa dah, bayangkan la dalam mimpi tu kaki aku terasa berat macam kena hempap Lepas tu, dengan kuku dia yang panjang dan tangan ‘dia’ yang rentung tu cengkam aku, waktu tu aku dah sesak nafas ewalaupun baru paras kaki ‘dia’ naik.

Aku dah tak boleh bersuara dan rasa macam selamat tinggal dunia waktu tu. Tapi aku masih meronta-ronta dari cengkaman ‘dia’ dan tetiba aku tersedar dari mimpi tu, Tapi lepas je aku sedar dari tidur kaki aku masih rasa macam berat dan terus aku istighfar lalu gerakkan kaki dan nasib baik beransur rase ringan (mungkin korang fikir kaki aku cramp, aku belom pernah kena cramp pun) dan yang aku perasan keadaan aku tidur tu dalam posisi badan tegak dan kaki lurus ibarat macam jenazah tidur, seumur hidup aku tak pernah jadi macam tu dalam hati aku memang patutla kena!

Walau bagaimanapun, aku rasa bersyukur masih hidup lagi. Aku sedar jam waktu tu baru pukul 2 pagi dan Ain dah tidur, lega sikit sebab ada Ain teman aku tidur. Lepas je peristiwa tu aku ubah posisi dan baca doa sebelum tidur.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.