Aksi Menteri Perikanan Indonesia Tidur Atas Sofa Di Lapangan Terbang Dapat Pujian

Gambar Menteri Indonesia, Susi Pudjiastuti yang tidur di atas sofa telah menjadi bahan perbincangan netizen. Ketika itu, Susi yang tidak memakai alas kaki sedang tidur dengan berbantalkan lengannya di VIP Lounge Lapangan Terbang JFK, New York, baru-baru ini.

Beliau ternyata dalam keletihan selepas seharian terlibat dalam persidangan perikanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Ia menyebabkan netizen memberikan pujian kepadanya dan menggelarnya sebagai wanita cekal.

Sebelum itu, Susi mendapat pujian daripada pelakon terkenal Leonardo DiCaprio kerana ketegasan Susi dalam memerangi kegiatan menangkap ikan secara haram dan memelihara laut, menjadi inspirasi kepada dunia.

Ia susulan ucapannya pada sidang berkenaan yang menggesa supaya PBB mengisytihar kegiatan menangkap secara haram dan tidak dilaporkan sebagai jenayah rentas sempadan.

Susi sebelum ini terlibat dalam kempen untuk menghalang bot-bot nelayan asing menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan Indonesia. Bot-bot yang ditahan akan ditenggelamkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.