Air Asia 5 Antara Syarikat Penerbangan Berpengaruh Di Media Sosial

KUALA LUMPUR – AirAsia muncul sebagai antara lima syarikat penerbangan dunia paling berpengaruh dalam pelbagai platform media sosial. Syarikat penerbangan lain ialah Qatar Airways, Turkish Airlines, Emirates dan Etihad.

Dalam kaji selidik bertajuk ‘Pengaruh Media Sosial 2017 – Social Butterflies or Media Wallflowers’, syarikat penerbangan berkenaan turut berkembang pesat dalam tempoh 10 tahun.

Bagi kategori jumlah penumpang, AirAsia, Qatar Airways, Turkish Airlines, Emirates dan Etihad masing-masing mencatatkan pertumbuhan sebanyak 19 peratus, 20 peratus, 18 peratus, 14 peratus dan 28 peratus setahun dalam tempoh 10 tahun berbanding sektor penerbangan global yang mencatatkan pertumbuhan purata sebanyak lima peratus.

Menerusi platform laman sosial Facebook, syarikat penerbangan dari Asia dan negara Teluk mendominasi dengan Qatar Airways mendahului senarai dengan merekodkan 13 juta pengikut diikuti AirAsia sebanyak hampir 11 juta pengikut.

Cebu Air, Singapore Airlines, Jet Airways dan VietJet antara syarikat penerbangan Asia paling popular di Facebook, selain Air France KLM, Southwest dan British Airways.

Di Twitter, empat syarikat penerbangan Asia membuktikan mereka paling aktif di laman sosial berkenaan dengan AirAsia mendahului senarai dengan 3.5 juta pengikut.

Turut mengikuti rapat, Garuda Indonesia (3 juta), Cebu Air (2.8 juta) dan Philippine Airlines (2.6 juta) diikuti syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), Turkish Airlines (1.55 juta) dan Malaysia Airlines (1.53 juta).

AirAsia turut tersenarai sebagai lima syarikat penerbangan paling popular di Instagram dengan mencatatkan hampir 700,000 pengikut.

Turut tersenarai adalah Emirates, Qatar, Turkish Airlines dan Eithad.

AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang murah berpangkalan di Kuala Lumpur. Ketika ini, Kumpulan Air Asia terbang di lebih 165 destinasi di 25 negara.

INFO * Ditubuhkan pada 1993 * AirAsia dinobat sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.