Suami Isteri Di Dakwa Membunuh, Tanam Mayat Anak Bawah Lantai Dapur

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini atas tuduhan berhubung kes pembunuhan anak lelaki mereka yang mayatnya ditanam di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong pada hujung Mac lalu.

 

Loo Chon Wen, 33, yang bekerja sebagai pengutip hutang didakwa membunuh Evan Loo Yong Shen, 9, kira-kira pukul 2 petang, 29 Mac lalu di alamat No.26, Jalan 10 Taman Usaha Jaya, Kepong.

 

Isteri lelaki tersebut, Tan Boa Jia, 33, pula didakwa melupuskan barang kes iaitu dengan menanam mayat mangsa di dalam rumah tersebut dengan niat untuk melindungi suaminya pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

 

Bunuh, Tanam Anak Di Bawah Lantai Dapur

 

Tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki terbabit yang menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

 

Wanita tersebut pula mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.