Sos ‘Gereja’: Pengguna Facebook Minta Maaf

Kuala Lumpur – Pengguna Facebook yang mempersoalkan sos pencicah Texas Chicken Malaysia (TCM) memohon maaf menerusi halaman Facebook milik rantaian makanan segera itu.

 

Pengguna berkenaan yang menggunakan nama Mista Bob Faishah, berkata niatnya mempersoal sos yang dibuat daripada ‘Church’ hanya kerana ingin tahu mengenai produk itu.

 

“Saya berharap dengan permohonan maaf saya di sini akan menghentikan semua perkara negatif daripada menjadi lebih besar.

 

“Saya hanya mahu tahu lebih maklumat mengenai produk itu sahaja,” katanya sambil menambah bahawa dia masih menikmati ‘sayap’ yang menjadi kegemarannya.

 

TCM bagaimanapun merima permohonan maaf itu dan berkata rantaian makanan segera itu memahami kebimbangan beliau namun beberapa komen daripada pengguna Facebook yang lain menyebabkan beliau positif dengan permohonan maaf itu.

 

Rabu lalu, Mista Bob Faishah menyoal TCM di laman Facebooknya dengan berkata:”TCM, tolong terangkan mengenai sos pencicah anda, kebanyakan pelanggan adalah Muslim dan kami tidak makan makanan yang tertulis ‘church’.”

 

TCM bagaimanapun membalas respon berkenaan dengan menjelaskan bahawa ‘Church’ adalah nama keluarga pengasas sos berkenaan dan tidak merujuk mana-mana rumah ibadat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.