Pesawat MH148 Mendarat Cemas Di Melbourne

Kuala Lumpur – Pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH148 membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Melbourne apabila mengalami kebakaran enjin hari ini.

 

Pesawat yang dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne menuju ke Kuala Lumpur sebelum itu membuat beberapa pusingan di udara untuk melepaskan minyak sebelum mendarat.

 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan berkenaan, Pesawat Airbus 330 itu disahkan telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Melbourne.

 

“Hasil siatan awal, kebakaran pesawat itu tidak menunjukkan bukti fizikal ia berpunca daripada luar pesawat. Keselamatan adalah keutamaan kami”, petik kenyataan MAS melalui laman Twitter.

 

Dalam pada itu, Lapangan Terbang Melbourne turut mengesahkan kejadian itu melalui akaun Twitter rasminya, @Melair.

 

“Kami mengesahkan pesawat MH148 telah selamat mendarat di @melair. Kesemua operasi di Lapangan Terbang Melbourne berjalan seperti biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.