Pesawat MAS MH148 Mendarat Cemas Di Australia

MELBOURNE – Sebuah pesawat Airbus A330 milik Malaysia Airlines (MAS) dilaporkan terpaksa melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Melbourne, Ausralia dipercayai disebabkan masalah enjin.

 

Laman Flight Radar 24, menunjukkan pesawat tersebut mengelilingi lapangan terbang beberapa kali selepas berlepas.

 

Menurut jurucakap Airservices Australia, pesawat tersebut yang dalam perjalanan dari Melbourne ke Kuala Lumpur mengalami masalah enjin memaksanya membuat beberapa pusingan untuk membuang minyak dan mendarat semula.

 

Pesawat yang membawa 300 penumpang itu berjaya mendarat dengan selamat pada pukul 3.20 waktu tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.