Liverpool Tolak Bidaan Man City Dapatkan Raheem Sterling

LIVERPOOL menolak bidaan bernilai £30 juta yang dilakukan Manchester City untuk mendapatkan Raheem Sterling pada jendela pemindahan pemain Julai ini.

 

City dilapor telah memantau suasana yang sesuai untuk mendapatkan Sterling sejak sekian lama sebelum membuat bidaan tersebut.

 

Mirror Online melaporkan, penolakan itu dibuat bukan kerana Liverpool enggan menjual Sterling, tetapi kelab bimbingan Brendan Rodgers menuntut sebanyak £50 juta.

 

Bagaimanapun City dijangka akan menaikkan bidaan dan cuba berbincang dengan Liverpool untuk mendapatkan harga yang lebih munasabah.

 

Sterling yang mempunyai baki kontrak selama setahun menjadi rebutan kelab gergasi apabila dia menolak untuk kekal di Anfield pada musim depan.

 

Keputusan Sterling itu  dipengaruhi oleh kegagalan Liverpool meraih sebarang kejuaraan pada musim lalu selain terlepas slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.