Lelaki Jalani Pemindahan Zakar Bakal Jadi Ayah

Johannesburg – Seorang lelaki warga Afrika Selatan yang menjalani pembedahan pemindahan zakar pertama di dunia bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi apabila teman wanitanya disahkan mengandung empat bulan.

 

Lelaki itu yang tidak didedahkan identitinya, menjalani pemindahan zakar pada 11 Disember tahun lalu, sebelum ini diberikan tempoh dua tahun untuk zakarnya berfungsi sepenuhnya.

 

Pakar Urologi, Andre van der Merwe, yang mengetuai sekumpulan pakar pembedahan pemindahan zakar lelaki itu mengakui terkejut dengan perkembangan itu.

 

“Ini sesuatu yang di luar jangkaan, ..melihatkan bagaimana manusia boleh pulih dalam masa yang singkat terutama yang membabitkan fungsi seksual.

 

Saya gembira tidak berlaku komplikasi dan zakarnya boleh berfungsi dengan baik dan cepat,” katanya.

 

Lelaki itu menerima zakar daripada penderma organ selepas zakarnya terpaksa dipotong tiga tahun sebelum itu akibat komplikasi selepas menjalani prosedur berkhatan tradisional.

 

Upacara khatan tradisional suku kaum Afrika Selatan yang menandakan akil baligh dalam kalangan kanak-kanak dan remaja lelaki ini sering membawa kematian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.