Gempa Bumi Lemah Di Tenggara Tuaran, Sabah

KUALA LUMPUR – Gempa bumi lemah berukuran 2.3 pada skala Richter berlaku kira-kira 16km tenggara Tuaran, Sabah pada pukul 8.41 pagi ini.

 

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa itu berpusat di 6.1 darjah utara, 116.3 darjah timur, dan gegaran dilaporkan dirasakan berhampiran Ranau.

 

Jumaat lepas, gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter, yang terkuat di Malaysia setakat ini, menggegarkan Sabah pada pukul 7.15 pagi, yang mencetuskan gegaran di beberapa tempat di negeri itu serta menyebabkan batu dan bongkah menggelungsur jatuh dari Gunung Kinabalu.

 

Lapan belas orang – empat malim gunung dan 14 pendaki – terbunuh dalam gempa bumi itu, 10 daripada mereka dari Singapura, enam rakyat Malaysia, seorang dari Jepun dan seorang warga China. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.