Gambar Sultan Kelantan Solat, Viral Di Media Sosial

Kuala Lumpur – Sekeping foto yang ‘biasa’ tersebar dalam Facebook menimbulkan tanda tanya apabila ia tiba-tiba menjadi perhatian pengguna laman maya itu hari ini.

 

Foto yang dilihat memaparkan kelibat seorang lelaki memakai baju T bewarna hitam, hanya menggambarkan sedang sembahyang di sebuah masjid.

 

Bagaimanapun telahan foto berkenaan menjadi viral apabila lelaki berbaju hitam yang dikatakan itu adalah Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra, menurut pengguna Facebook.

 

Kebanyakkan pengguna yang meninggalkan komentar itu mengiyakan lelaki berkenaan adalah Tuanku Muhammad Faris yang sedang menunaikan solat di Masjid Pasir Pekan.

 

“Inilah yang dikatakan Sultan bersama rakyat. Allahuakbar,” tulis More Ha Mad Usedsoap.

 

“Masyaallah, pemimpin yang zuhud,” Anapios Hj Junoh.

 

“Wow.. Sultan pergi masjid dengan berpakaian biasa. Allahuakbar. Semoga Allah panjangkan umur Tuanku dan murah rezeki.. Allahuakbar!” tulis Demi Tranung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.