DAP Tak Cukup ‘Jantan’ – Pemuda PAS

Kuala Lumpur – Pemuda PAS hari ini memperlekehkan kejantanan DAP apabila dilihat ‘tidak mahu berpisah’ dengan parti itu.

 

Ketuanya, Nik Abduh Nik Aziz yang menyifatkan hubungan PAS-DAP seperti suami isteri berkata DAP seolah-olah tidak yakin untuk melafazkan cerai.

 

“Kalut sungguh DAP ni.. naik heran saya.

 

“Sekali nampak macam yakin dan berani benar, tapi asyik dok tekan PAS je supaya putus hubungan dengan dia. Macam tak yakin pula nak lafaz cerai terhadap PAS.

 

“Saya jadi perasan DAP ni perempuan, PAS jantan la pulak. Perempuan tak sah lafaz cerai. Tu dok minta fasakh tu..

 

“Come on la DAP.. jadilah jantan juga. Pilih, be gentleman, cool macam PAS or berterus terang je.. tolak PAS. Jangan buat perangai tak manis, kahwin bawa lari anak dara orang.. Tak pasal-pasal si anak dara @ PASMA tu kena kutuk,” katanya memetik posting di laman Facebooknya, hari ini.

 

Reaksi Nik Abduh itu dipercayai sebagai kritikan terhadap serangan DAP yang tidak henti-henti selepas parti Islam itu meluluskan usul membatalkan hubungan dengan DAP.

 

Usul berkenaan tidak disenangi oleh pimpinan DAP sehingga mendesak wakil PAS di dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang meletak jawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.