CEO Twitter Umum Perletakan Jawatan

SAN FRANCISCO – Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Dick Costolo mengumumkan perletakan jawatannya bermula 1 Julai ini.

 

‎Menurut laporan AFP , kerusi itu akan diserahkan kembali kepada pengasas syarikat itu, Jack Dorsey.

 

‎”Masa depan adalah milik Twitter. Terima kasih kepada dedikasi dan visi Dick Costolo,” kata Dorsey.

 

Sebelum ini, pergolakan dikatakan terjadi kerana tekanan yang dialami Costolo oleh pelabur yang mahu dia membuktikan kemampuannya untuk membawa pendapatan dari pengguna Twitter sendiri.

 

“Malangnya berita ini tidak menghairankan.

 

“Sebenarnya keadaan Twitter tidak berapa baik sekarang kepada pengguna dan pemasarnya,” kata penganalisis Forrester Nate Elliott.

 

‎Costolo menerajui firma yang berpangkalan di San Francisco itu melalui tawaran awam permulaannya, tetapi pertumbuhan tetap mengecewakan dan syarikat itu masih belum menunjukkan keuntungan. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.