Bayi Merangkak Keluar, Jatuh Kolam

GEORGETOWN – Dua kanak-kanak berusia satu tahun nyaris maut apabila dipercayai terjatuh dalam sebuah kolam renang di sebuah pusat jagaan di Debut Bukit Jambul di sini petang kelmarin.

 

Kedua-duanya dikatakan merangkak keluar ke kawasan kolam kira-kira jam 6 petang itu,

 

Difahamkan, pengasuh yang menyedari ketiadaan kanak-kanak lelaki dan perempuan itu mencari di kawasan kolam dan berjaya menyelamatkan mereka yang hampir lemas.

 

“Kedua-dua kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapat rawatan lanjut.

 

“Kanak-kanak lelaki yang berusia setahun empat bulan itu dilaporkan stabil manakala kanak-kanak perempuan yang berusia setahun tiga bulan dikatakan kritikal,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

 

Sumber berkata, kedua-duanya dipindahkan ke wad kanak-kanak HPP untuk pemantauan dan rawatan lanjut.

 

Difahamkan, pusat jagaan yang menempatkan golongan miskin dan anak-anak yatim tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

Sementara itu,Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.