12 Militan Maoist Terbunuh Diserang Polis

New Delhi – Seramai 12 anggota kumpulan militan Maoist terbunuh dalam satu pertempuran bersama anggota polis di timur India awal Selasa lalu, kata seorang pegawai kanan polis.

 

Tiada pegawai polis yang di dapati cedera dalam pertempuran bersenjata itu, yang mana bermula sejurus selepas tengah malam di daerah Palamu dan berlangsung lebih daripada dua jam, kata seorang pegawai polis daerah Jharkhand, S.N. Pradhan.

 

Polis telah meninjau jalan raya yang dikenal pasti menjadi laluan pemberontak, setelah menerima satu tip yang mana mereka akan tiba, kata Mr. Pradhan.

 

Katanya, kumpulan pemberontak Maoists yang mula-mula melakukan serangan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.