Najib Yakin Momentum Pertumbuhan Ekonomi Negara Dapat Diteruskan

Kuala Lumpur – Kerajaan yakin momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat diteruskan pada masa akan datang.

Ini adalah jaminan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata, perkara itu berdasarkan keyakinan pelabur asing dan pertumbuhan yang memberangsangkan.

Beliau berkata berdasarkan prestasi yang berdaya tahan ditambah dengan kekuatan eksport berdaya saing kerajaan yakin momentum pertumbuhan ekonomi bagi suku kedua 2014 akan membolehkan negara mencapai sasaran lima peratus.

“Sasaran ini juga adalah selaras dengan unjuran terkini Tabung Kewanganan Antarabangsa (IMF) sebanyak 5.2 peratus pada 2014,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata demikian apabila menjawab soalan lisan ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang bertanya tentang kedudukan terkini prestasi ekonomi negara dan ingin mengetahui perbandingan dengan negara lain dari segi pengganguran, eksport dan sebagainya.

Najib berkata ekonomi negara telah menunjukkan trend yang memberangsangkan dalam tempoh suku pertama 2014 dengan mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar sebanyak 6.2 peratus dimana ia adalah pencapaian tertinggi yang pernah dicatatkan sejak suku keempat 2012.

“Malahan, pencapaian ini adalah lebih baik berbanding Filipina (5.7 peratus), Indonesia (5.2 peratus), Singapura (5.1 peratus) dan Thailand (-0.6 peratus).

“Pencapaian ini adalah hasil daripada langkah positif program transformasi Kerajaan yang dilaksanakan sejak 2009,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.