MRSM Kepala Batas Kini Rasmi Sebagai MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi

- Advertisement -

KEPALA BATAS,– Sebuah lagi institusi pendidikan negara secara rasmi dinamakan sempena tokoh negarawan terbilang, apabila Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas kini dikenali sebagai MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangan mantan Perdana Menteri kelima itu.

Pemasyhuran nama tersebut disempurnakan hari ini dalam satu majlis penuh simbolik yang turut dihadiri ahli keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam ucapan penuh emosi yang dikongsi menerusi Facebook, seorang pemimpin kanan kerajaan menyifatkan pemasyhuran itu sebagai suatu penghormatan besar buat seorang pemimpin yang bukan sahaja berjasa kepada negara, malah banyak membentuk perjalanan politik beliau secara peribadi.

“Pak Lah bukan sekadar seorang pemimpin. Beliau adalah guru yang menegur dengan penuh hikmah, lembut bahasanya, tetapi tajam maknanya. Di saat saya masih mencari rentak dalam dunia politik, beliaulah yang hadir memberi arah dan pedoman,” kata beliau dalam hantaran tersebut.

Beliau turut menzahirkan harapan agar MRSM yang membawa nama Tun Abdullah ini bukan sahaja akan terus melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik, tetapi juga insan berjiwa luhur dan berintegriti tinggi, seiring dengan legasi tokoh tersebut.

Pemasyhuran ini sekaligus menjadi simbol bahawa jasa dan pengorbanan Allahyarham Tun Abdullah akan terus hidup dalam ingatan generasi kini dan akan datang.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat