5G: Wan Saiful Dakwa Anwar Amal Kronisme

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak menjelaskan rasional mahu mengubah model “Single Wholesale Network” (SWN) yang di diguna pakai oleh Digital Nasional Berhad (DNB) kepada dua syarikat swasta.

Bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan ,Anwar perlu jelaskan adakah wujud apa-apa “deal” dengan mana-mana kroni taikun yang akan menguasai syarikat terpilih ini nanti?

“ Saya bimbang nanti ada orang akan tuduh bahawa Anwar tergesa-gesa sangat sebab ada kena mengena dengan pembiayaan kos PRN enam negeri oleh mana-mana taikun. Takkan kita nak biar sangka buruk ni timbul?

“Nanti orang akan kata bahawa Anwar berlakon nak hapuskan monopoli, padahal yang dia nak wujudkan ialah 𝗸𝗿𝗼𝗻𝗶𝗽𝗼𝗹𝗶 yang dia restui,” tempelak beliau dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Ahli Parlimen Tasik Gelugor itu, terdahulu media melaporkan kerajaan PH-Umno pimpinan Anwar mahu mengubah model “Single Wholesale Network” (SWN) yang diguna pakai oleh DNB.

“Mengikut ‘propaganda’ Menteri Komunikasi dan Digital yang mengawal selia DNB iaitu Fahmi Fadzil, kerajaan Anwar mahu perkenalkan polisi dimana DNB akan ditamatkan dan rangkaian 5G akan diteruskan oleh dua syarikat swasta, yang mana salah satu dari mereka akan ambil alih DNB. Kononnya ini kerana kerajaan Anwar mahu wujudkan persaingan dan menghapuskan monopoli.

“Menurut propaganda Fahmi, “pendekatan dwirangkaian akan mewujudkan persaingan dan dapat terus memacu kualiti perkhidmatan telekomunikasi negara. Niat menghapuskan monopoli dan mewujudkan persaingan adalah baik, tapi kaedah Anwar jauh melencong.

“Kalau mahu wujudkan persaingan dan hapuskan monopoli, kenapa Anwar hanya nak “bagi lesen” kepada dua syarikat yang terpilih saja? Soal beliau.

Jelas Wan Saiful lagi, persaingan memerlukan banyak pemberi perkhidmatan (provider).

Kata beliau, memberi lesen 5G kepada dua syarikat yang dititahkan Anwar bukan hapuskan monopoli, tapi 𝗶𝗮 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗸𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗼𝗻𝗼𝗽𝗼𝗹𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝘂𝗮 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗿𝗲𝘀𝘁𝘂𝗶 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿.

“Jika benar DNB adalah monopoli, paling tidak pun ia adalah monopoli milik rakyat melalui kerjasama antara kerajaan dan swasta. DNB jadi pemborong tunggal, dan semua syarikat swasta boleh dapat layanan yang sama rata atau ‘level playing field’. Tapi model Anwar akan mewujudkan duopoli sepenuhnya oleh dua taikun swasta yang terpilih. Mana kebaikan untuk rakyat?

“Saya juga tertanya-tanya kenapa Anwar begitu tergesa-gesa mahu masukkan syarikat swasta terpilih dalam projek mega ini? Adakah wujud unsur kronisme? Kata Wan Saiful.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat