BN Sokong Muhyiddin Sebagai PM – Ahmad Zahid

- Advertisement -

Barisan Nasional (BN) mengumumkan sokongan secara ‘en-bloc’ kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 dalam menghadapi cabaran undi tidak percaya di Parlimen minggu hadapan.

Menurut Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mesyuarat Dewan Tertinggi BN petang tadi sebulat suara memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh dan terus menyokong Kerajaan Perikatan Nasional.

Bagaimanapun BN yang terdiri dari gabungan UMNO, MCA, MIC dan PBRS menangguhkan keputusan mengenai cadangan pendaftaran Perikatan Nasional sebagai gabungan parti-parti politik yang berada dalam kerajaan.

BN dengan 43 kerusi Parlimen antara kumpulan utama dalam berpendapat mereka harus melalui proses tertentu dalam parti komponen masing-masing bagi mendapat maklum balas dan reaksi pemimpin dan akar umbi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat