Najib Umum Peletakan Jawatan Sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hari ini umumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta.

Mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Biro Politik UMNO hari ini, Najib berkata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan menjalankan tugas Presiden parti.

Beliau berkata seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pula akan menjalankan tugas Timbalan Presiden.

“Saya berterima kasih kepada semua ahli UMNO sejak saya mengambil jawatan dan yakin jasa UMNO dan BN besar kepada negara kita,” katanya.

Beliau juga berkata BN dan UMNO menerima dengan hati terbuka keputusan rakyat tidak memilih parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Najib juga berkata beliau tidak akan meninggalkan UMNO dan akan terus menyokongnya. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.