Najib Tempelak Bekas Pemimpin Umno, Puji Hadi

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak menyambut ulangtahun ke-71 parti itu dengan menempelak seorang bekas pemimpin parti sambil memuji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Najib berkata, tiada sesiapa dapat membayangkan bagaimana bekas pemimpin itu boleh mengkhianati parti dan bersubahat dengan musuh lama, DAP.

“Tidak sangka ada satu dua bekas pimmpinan negara termasuk negarawan yang kita pernah sanjung tergamak bersubahat membuat khianat pada parti kita, sanggup jatuhkan pimpinan, perangi Umno dan BN.

“Beliau sanggup jilat ludah, berdamping, bercium mulut with musuh. Perangi parti pimpin beliau selama berpuluh tahun kerana agenda peribadi.

“Kita tidak lupa siapa yang mengajar kita DAP parti perkauman. Kalau bukan dia, siapa lagi. Siapa pimpin kita puluhan tahun, menanam kebencian terhadap DAP sebagai cauvinis dan parti perkauman yang benci Melayu, Islam,” kata Najib semasa berucap pada sambutan ulang tahun Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Najib tidak menyebut sebarang nama, tetapi kenyataannya adalah serangan jelas pada bekas orang kuat Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini bersama pakatan pembangkang.

Perdana menteri berkata, mesej Mahathir adalah mengapa PAS menganggap DAP sebagai musuh Islam.

“Sebab itu, PAS anggap DAP musuh islam. Dan bagi Umno, DAP musuh orang Melayu,” tambahnya.

Beliau kemudian memetik kenyataan Abdul Hadi mengenai kerjasama PAS dengan Umno adalah politik yang matang.

“Memetik ucapan Hadi, kerjasama antara PAS dan Umno adalah satu amalan politik matang. Kita tidak berkelahi tetapi kita berpolitik untuk kepentingan bersama,” jelas Najib.
Beliau turut menamakan Abdul Hadi sebagai berkata seseorang boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik, tetapi mesti bersatu dalam apa yang baik untuk rakyat.

Najib kemudiannya membidas PKR dengan berkata beliau mendengar berita PAS memutuskan hubungan secara rasmi dengan parti itu hari ini.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.