KPT Nafi Yuran Universiti Naik 200 Peratus

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada Jumaat menafikan bahawa kadar yuran universiti awam naik sehingga 200 peratus mulai sesi kemasukan September ini.

Dalam kenyataan ringkas di sini, KPT menyatakan berita yang tular di media sosial itu adalah tidak benar.

Laporan yang terpapar dalam sebuah blog itu mendakwa kenaikan itu terpaksa dilakukan bagi menampung sumber kewangan universiti awam berikutan pengurangan pemberian peruntukan kewangan oleh kerajaan. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.