Anita Sarawak, Suami Dalam Keadaan Baik Kata Noorkumalasari

Pelakon Noorkumalasari berkongsi mengenai berita kakaknya, Anita Sarawak yang telah menghubungi keluarganya dan mengesahkan dia berada di dalam keadaan baik.

“Kak Nita (Anita Sarawak) ada hubungi kakak saya dan memberitahu dia sihat bersama suaminya iaitu abang Mahadir.

“Dia kini banyak travel dari sebuah negara ke sebuah negara kerana mengikut suaminya yang bekerja.

“Saya harap dengan perkhabaran terbaru ini, orang tidak akan bertanya lagi di mana Anita Sarawak,” katanya lapor AstroGempak.

Noor Kumalasari ditemui di majlis tayangan program Salam Ramadan Kosong Kosong Astro di Kompleks Kraf di Jalan Conlay, Kuala Lumpur, kemarin.

Pelakon filem Adik Manja itu memberitahu jauh dari sudut hatinya dia amat merindui Anita dan berharap kakaknya segera kembali ke tanah air.

“Saya amat merinduinya, sebelum ini walaupun dia jauh dia selalu menghubungi saya dan berkongsi ceritanya.

“Tapi kini tiada lagi panggilan daripadanya.

“Jika saya berpeluang berjumpa dengannya, saya berharap dapat memeluk dia dan dapat melihat dia sihat di depan mata sudah cukup bersyukur buat saya.

“Saya harap dia kembalilah dan lupakan sengketa. Saya ingin sangat meminta maaf jika saya ada salah silap yang telah melukakan hatinya,” katanya lagi.

Pelakon itu memberitahu Anita mula tidak dapat dihubungi sejak dia menamatkan kontraknya bersama Astro beberapa tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.