Video: Sultan Johor Naik Kapcai Jumpa Rakyat, ‘Viral Di Media Sosial

Kuala Lumpur – Sifat rendah diri dan berjiwa rakyat, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menunggang motosikal bersiar di perkarangan Istana Besar Johor menarik perhatian pengguna media sosial Facebook, hari ini.

 

Lebih menambahkan keterujaan adalah apabila baginda yang menaiki motosikal ‘kapcai’ berhenti menyapa pengunjung yang berada di sekitar perkarangan istana tersebut.

 

 

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman sosial Facebook itu, baginda yang hanya memakai baju T  berkolar bewarna hijau itu dengan ‘selamba’ berhenti berborak dengan beberapa pengunjung di situ.

 

Tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu, mereka yang bertuah sempat merakam gambar kenangan bersama baginda.

 

Susulan itu, rata-rata pengguna laman sosial memuji sikap baginda dengan menyifatkan baginda seorang Sultan yang berjiwa rakyat.

 

Muhammad Jebat berkata: “Memang berjiwa rakyat Tuanku berborak dengan rakyat macam bercakap dengan kawan-kawan je. Terbaik la”.

 

Manakala Zach Lane pula berkata;

 

“Meremang bulu roma melihat tingginya santun Tuanku Sultan Johor terhadap rakyatnya..

 

“Tiada sedikit pun reaksi meninggi diri dalam hidup Baginda…mengalir air mata tanda kesyukuran kehadrat Illahi kerana di zaman penuh dugaan masih ada lagi golongan di Raja yang sentiasa bersama rakyat…”

 

Tidak kurang juga ada yang melahirkan perasaan ‘cemburu’ kepada pengunjung yang bertuah dapat bersua muka dan bergambar dengan baginda.

 

“Untunglaaaaa !! Aku tgk video pon aku yg over excited ..,” kata Dauss Fritz Gregory.

One thought on “Video: Sultan Johor Naik Kapcai Jumpa Rakyat, ‘Viral Di Media Sosial

  • May 12, 2015 at 9:32 pm
    Permalink

    The real sultan. Great. Allah merahmati.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.