Meronta Terbakar Sebelum Maut

Kota Bharu – Seorang lelaki ditemui meraung-raung dalam keadaan api marak membakar seluruh tubuh sebelum meninggal dunia dalam satu kejadian di Ladang Sawit, Cherang Tuli, Padang Pak Amat, Pasir Puteh, petang semalam.

 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, Ramu Avali, 39, ditemui seorang wanita berusia 21 tahun yang sedang mencari lembu di kawasan ladang berkenaan pada jam 5.40 petang dan memaklumkan kepada abangnya sebelum lelaki itu menghubungi polis.

 

“Semasa polis dan bomba tiba di lokasi kejadian, mendapati lelaki berkenaan sedang terbakar separuh daripada badan, tetapi dia masih hidup.

 

“Usaha menyelamatkannya dilakukan sepantas mungkin dengan memadamkan api yang sedang marak membakar tubuh mangsa, bagaimanapun selepas selesai api itu dipadamkan, mangsa didapati sudah meninggal dunia,” katanya.

 

 

 
– Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open

Close