Wanita Maut, Terjun Dari Tingkat 21 Menara Umno

Georgetown – Seorang pengawal keselamatan di Menara Umno Pulau Pinang menerima kejutan kira-kira jam 7.40 pada pagi Isnin selepas mendengar bunyi kuat sesuatu yang terjatuh.

Selepas memeriksa bangunan 21 tingkat itu, dia menemui satu mayat wanita muda terbaring di atas lantai berhampiran bangunan berkenaan.

Berikutan kejadian itu, bumbung zink bangunan stor yang kosong di tepi bangunan terbabit turut kemik, kata pengawal keselamatan terbabit yang enggan dikenali.

Mayat wanita yang belum dikenal pasti identitinya itu dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an. Dia juga dipercayai ialah pelajar undang-undang yang belajar di sebuah kolej di bangunan berkenaan.

Hasil siasatan pihak berkuasa di Menara Umno mendapati sepasang kasut ditinggalkan di tingkat 18 bangunan terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.