Video : Warga Emas Parah Ditetak Perompak

Alor Setar – Seorang warga emas cedera di kepala dan tangan dalam kejadian samun di kediamannya di Jalan Pegawai pada malam Isnin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila Che Aznah Mahmud, 60, yang baru selesai menunaikan solat Isyak didatangi seorang individu yang bersenjatakan pisau dan menutup mukanya dengan kain pelikat lalu mengugutnya agar menyerahkan wang dan barang kemas.

Adik mangsa, Mohamad Azmi Mahmud, 50, yang tinggal berhampiran berkata, dia bergegas ke rumah kakaknya apabila mendengar wanita itu menjerit meminta tolong.

“Saya terus ke rumah kakak dan terkejut apabila melihat dia berlumuran darah di tempat solatnya.

“Kakak beritahu dia disamun dan ditetak dengan pisau beberapa kali di kepala dan tangan. Sepasang subang dan telefon bimbitnya juga dilarikan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.