Suami Isteri Terima Kecelakaan Selepas Curi Kereta

ALOR SETAR – Niat jahat sepasang suami isteri muda mencuri sebuah kereta jenis Toyota Vios mendapat balasan setimpal apabila kereta tersebut remuk terlanggar sebatang pokok sena yang terletak di bahu kanan jalan raya ketika mereka mahu melarikan kenderaan itu kelmarin.
Kemalangan itu berlaku pada pukul 9.30 pagi di Jalan Paya Kemunting, Jitra di sini selepas mereka mencuri kereta milik seorang peniaga kedai runcit di Kuala Kedah pada pukul 8.30 pagi.

Jarak antara tempat kemalangan itu berlaku dan lokasi kereta itu dicuri adalah kira-kira 30 kilometer.
Lelaki berusia 24 tahun itu terselamat walaupun mengalami kecederaan parah di kepala dan leher manakala isterinya yang berusia 26 tahun cedera ringan di bahu akibat kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, pasangan tersebut difahamkan mahu melarikan kereta yang dicuri itu ke rumah mereka di Kacuri_kereta-mpung Baru, Asun, Jitra di sini.

Jarak tempat kereta itu mengalami kemalangan dan rumah mereka adalah kira-kira 15 kilometer.

“Polis masih menjalani sisatan lanjut bagi mengena pasti  motif kejadian.Ketika ini suspek dirawat  di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah manakala iserinya dirawat sebagai pesakit luar,”katanya.

Ujarnya,suspek lelaki ditahan di Hospital dan polis akan menghubungi isterinya bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut Adzaman,polis menerima aduan kehilangan kereta itu pada pukul 10 pagi hari kejadian selepas pemilik kenderaan itu yang dikenali sebagai Lim,35,membuat laporan.

‘Kenderaan dicuri suspek dilari 30 kilometer sebelum terbabas melangar pokok berkenaan ,”ujarnya.

Jelasnya,sisatan awal lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan pihaknya sedang menyiasat mengenai kes tersebut.Kes akan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan.

Sementara itu Lim berkata dia menyedari kehilangan keretanya yang diletakkan dibalakang sebuah kedai kira-kira pukul 8.30 pagi kelmarin.

‘Selepas itu saya buat laporan Polis kira-kira pukul 10 pagi di Balai Polis Kuala Kedah dan laporan kedua di Ibu Pejabat Polis  Dearah Kota Setar,”katanya

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.