Seorang Maut Bom Meletup Di Narathiwat

Narathiwat – Bandar Narathiwat digegarkan dengan beberapa siri letupan bom menyebabkan sekurang-kurangnya seorang wanita terbunuh, pada malam Ahad.

Menurut laporan Bangkok Post mangsa yang dikenali sebagai Sarika Mama dan lima yang lain cedera dalam letupan bom yang berlaku di Sungai Kolok kira-kira jam 8.35 malam.

Siri letupan berlaku di empat lokasi di daerah Sungai Kolok dan dua di daerah Tai Bak, Narathiwat, manakala dua tiang elektrik dilaporkan musnah dalam letupan daerah Yaha berdekatan Yala.

Empat lokasi yang dikenal pasti adalah Karaoke Hotel Chantulee, Syarikat Pithan berdekatan kedai makan Husen King, Cabang 4 Syarikat Pithan di Jalan Chareanked dan Cabang 4 Hospital Sungai Kolok.

Menurut polis Thailand, kumpulan pemisah Islam melancarkan serangan di satu lokasi di Krong Pinang dan dua lokasi di daerah Bannang Sata, Yala.

Polis tidak memberikan maklumat terperinci mengenai kejadian itu dan hanya berkata ia adalah serangan terancang.

Sementara itu dalam laporan berasingan Polis Malaysia mengetatkan lagi kawasan di sempadan terutama pintu keluar masuk di Pengkalan Tanjong dan Pengkalan Kubor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.