Saya Tak Kisah Apa Orang Nak Cakap Mengenai Saya – Aliff Aziz

Sebelum ini bukan sedikit kontroversi yang hinggap dalam kamus hidup pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura ini.

Malah kisah kontroversi yang menghimpit Aliff Aziz semuanya berkisarkan hal peribadi serta percintaannya yang sering kali mendapat liputan pihak media.

Enggan menoleh ke belakang, Aliff menyatakan dia kini mahu melupakan segala kontroversi yang pernah menimpa dirinya suatu ketika dahulu.

Sebaliknya figura berusia 24 tahun ini mahu terus memantapkan karier nyanyian dan lakonan untuk terus bertahan dalam bidang seni tempatan.

“Apa sahaja kontroversi yang pernah timbul sebelum ini, saya tidak mahu ingat atau pandang lagi. Bermakna apabila album baru ini ditampilkan, bermakna ia juga bawa imej, semangat dan InsyaAllah pemikiran saya yang lebih matang.

“Saya tidak kisah apa yang orang nak cakap tentang saya sebelum ini, cukuplah saya ambil ia sebagai satu iktibar. Tapi sebagai manusia biasa saya tidak akan lari daripada buat salah,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Nama Aliff sebelum ini dikaitkan dengan Zarina Anjulie, Anne Ngasri dan Adira Suhaimi serta gaya hidup liar bersosial di kelab-kelab hiburan.

Dalam perkembangan lain, Aliff kini sedang memberi fokus kepada pembikinan album keempatnya yang akan menjengah pasaran tidak lama lagi.

One thought on “Saya Tak Kisah Apa Orang Nak Cakap Mengenai Saya – Aliff Aziz

  • May 13, 2014 at 12:21 am
    Permalink

    di kalangan artis ada yang terlibat dengan pergaulan bebas…jika tidak mampu mengawal diri dari godaan nafsu mereka akan terperangkap dengan bisikan syaitan…imej dan populariti diri menjadikan mereka semakin leka dengan pengaruh duniawi…kemewahan hidup membuat mereka semakin ego dan megah diri.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.