Proses Penamaan Calon PRK Bukit Gelugor Lancar-Gambar

GEORGE TOWN – Seramai tiga orang calon termasuk dua calon bebas telah memasuki pusat penamaan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor di Dewan Sri Pinang di sini antara pukul 9 hingga 9.30 pagi tadi.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan merupakan calon pertama yang masuk ke pusat penamaan diikuti calon bebas yang juga ahli Pas cawangan Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Sathar.

Calon DAP, Ramkarpal Singh yang diiringi kira-kira 500 penyokong masuk ke pusat penamaan kira-kira pukul 9.05 pagi.

Sehingga pukul 9.45 pagi tadi tiada sebarang kekecohan berlaku walaupun para penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul di hadapan Dewan Sri Pinang melaungkan kata-kata berbaur provokasi ekoran tindakan MCA yang tidak meletakkan calon dalam pilihan raya itu. – KOSMO!

prk bkt gelugor penamaan calon

 

prk bkt gelugor penamaan calon2

 

prk bkt gelugor penamaan calon3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.