OIC Lantik Syed Hamid Jadi Duta Khas

Jeddah – Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Iyad Amin Madani melantik bekas Menteri Luar Malaysia, Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai duta khas OIC ke Myanmar.

Bahagian media OIC melaporkan yang Syed Hamid akan memainkan peranan dalam mengukuhkan usaha diplomatik antara OIC dan pihak berkuasa Myanmar serta negara serantau dan antarabangsa yang lain.

Ini penting dalam menggalakkan keamanan dan mengembalikan keharmonian kaum, khasnya antara penduduk bukan Islam dan Islam di negara itu melalui proses dialog komprehensif.

Menurut Iyad, beliau yakin Syed Hamid akan menggunakan segala kemampuan dan kebolehan serta pengalamannya yang luas dalam melaksanakan misinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.