Kerani Di Penjara Sehari, Kerana Mencuri Pakaian

Kuala Lumpur – Seorang kerani mengaku bersalah mencuri 15 helai pakaian bernilai RM569.52 di pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, pada jam 3.50 petang Ahad.

Noor Faizura Idrus, 29, dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM250 atau penjara seminggu sekiranya gagal membayar denda itu pada Isnin. Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Majistret Nur A’minatul Mardhiah Md Nor turut memberi teguran kepada tertuduh kerana perbuatannya itu.

“Kamu masih muda dan sihat, jadi tiada alasan munasabah untuk tidak mampu mencari wang. Barangan yang kamu curi itu agak tinggi nilainya dan bukanlah barang keperluan,” katanya.

Peguam Rohani Ibrahim yang mewakili Nor Faizura meminta mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana anak guamnya mempunyai dua orang anak berusia empat tahun dan setahun enam bulan yang masih menyusu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.