Isu Nasi Goreng Pedas : Warga Singapura Dakwa Seperti Diracun, Lidah Terbakar

Singapura – Mungkin kerana kritikan yang dilemparkan oleh masyarakat di negara ini, warganegara Singapura, Thiam Huat, 60 tampil membuat penjelasan.

Ia berhubung isu laporan polis yang dilakukan sebelum ini kerana mendakwa nasi goreng yang dimakannya di sebuah kedai makan di Jalan Bukit Timbalan, Johor Bahru terlalu pedas.

Memetik laporan Stomp.Sg, Thiam Huat mendakwa laporan polis itu dilbuat kerana dia merasakan hidangan yang dimakan itu beracun kerana kepedasan tersebut bukan seperti ‘pedas cili’.

Tidak cukup dengan itu, dia turut mendakwa sejurus selepas makan lidahnyan seperti terbakar.

“Lidah saya ‘terbakar’ dan ianya bukan rasa pedas yang kebiasaannya datang daripada cili.

” Saya rasa seperti diracuni,” katanya.

Kurang 24 jam dari kejadian tersebut, dia membuat satu laporan polis dan mendakwa peniaga nasi goreng itu meletakkan cili dalam kuantiti yang banyak.

“Saya syaki mereka memasak nasi goreng tersebut dengan meletakkan cili terlampau banyak,” kata lelaki itu dalam laporan polisnya.

Katanya lagi, dia membuat laporan polis itu “kerana tidak berpuas hati dengan makanan yang dimakan semalam dan mahu membuat pemeriksaan kesihatan di hospital”.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Abdul Samad Salleh yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan itu namun enggan mengulas lanjut.

 

Baca : Kerana Nasi Goreng Pedas, Cina Warga Singapura Buat Laporan Polis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.