Hudud : Guan Eng Mahu, Bukan Islam Terus Beri Tekanan Pada PAS

Kuala Lumpur – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa umat bukan Islam negara ini terus memberi tekanan kepada PAS dan UMNO supaya tidak melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Beliau mendakwa, tekanan itu masih diperlukan meskipun PAS membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen pada Jun ini.

“PAS tidak disangka memberi sesuatu yang positif bersempena Hari Wesak tahun ini apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Dewan Rakyat pada Jun ini.

“Memandangkan PAS membatalkan sementara rancangan itu bagi memberi tempoh kepada penubuhan Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan, pembatalan itu juga memberi tempoh kepada bukan Islam terus memberi tekanan supaya tidak melaksanakan undang-undang itu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng mendakwa, semua badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam mesti juga memberi tekanan kepada PAS dan UMNO supaya tidak melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

“NGO bukan Islam mesti memberi tekanan dan meyakinkan Ahli Parlimen UMNO tidak menyokong rancangan PAS di Parlimen memandangkan gabungan Ahli Parlimen PAS dan UMNO dalam hal itu sudah cukup menjayakan rancangan tersebut,” dakwanya.

One thought on “Hudud : Guan Eng Mahu, Bukan Islam Terus Beri Tekanan Pada PAS

  • May 13, 2014 at 1:31 am
    Permalink

    politik Malaysia sangat unik…Barisan Nasional mempunyai 13 parti yang bergabung…Pakatan Rakyat mempunyai 3 parti yang bergabung…ada juga yang mewakili sebagai parti bebas…ada parti yang bersifat ‘kebangsaan’ dan ada parti yang bersifat multi rasial…namun dalam ikatan kerjasama di kalangan parti-parti ini masih ada ketidak kesefahaman sepenuhnya dalam hal-hal tertentu yang bolih menjadi ancaman pada kestabilan politik negara…terutamanya isu agama,kaum dan hak kebebasan…berbagai-bagai pandangan dan pendapat disuarakan hingga ada yang ‘menguji’ keikhlasan dan kejujuran hubungan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama…suasana politik yang kita hadapi sekarang memerlukan kebijaksanaan dan kewarasan akal dalam membuat keputusan dan bertindak…setiap kaum di negara ini perlu bersikap rasional dan berjiwa sabar dalam menyelesaikan masaalah…jika kita tersilap perhitungan ia akn mengundang bahaya pada kehidupan kita semua…tiada siapa yang untung ibaratkan marahkan nyamok kelambu dibakarkan ; sedangkan kita bolih membunuh ‘nyamok’ tanpa membakar kelambu…kedamaian hidup yang kita nikmati sekian lama setelah berlalunya zaman penjajahan Inggeris,zaman pemerintahan Jepun,zaman Bintang Tiga dan PKM,zaman Konfrantasi dan Peristiwa 13 Mei yang memberi pengajaran betapa pentingnya kita memeliharai perpaduan keamanan dan kedaulatan negara…jangan kita menyesal kemudian hari kerana mulut dan ikutan hati yang marah kita semua ditimpa bencana dan sengsara…sayangilah diri keluarga masyarakat dan negara.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.