SEBANYAK empat kontena ubat gigi jenama Halagel keluaran Halagel Distributor Sdn Bhd (Halagel) mampu dieksport ke pasaran China dan Turki setiap tahun.

Pengurus Cawangannya, Nurul Iwani Abd Nasir berkata, buat masa ini permintaan ubat gigi Halagel dari China dan Turki amat menggalakkan berbanding negara lain.

“Dua negara yang berminat untuk memasarkan ubat gigi Halagel di pasaran mereka iaitu Indonesia dan Filipina.

“Kami masih lagi dalam perbincangan dan Filipina kini dalam proses mendaftarkan ubat gigi Halagel untuk dibawa masuk ke pasaran sana,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Nurul Iwani berkata, pameran antarabangsa seperti Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Malaysia yang diadakan baru-baru ini turut memberikan peluang kepada Halagel untuk mengembangkan pasarannya.